Marcus Rashford tampil mempertahankan dirinya selepas dituduh oleh wartawan terkemuka Jerman iaitu Christian Falk sebagai salah seorang daripada pemain yang menentang kehadiran Cristiano Ronaldo di dalam pasukan.

Rashford dengan beberapa pemain lain dalam kem United dikatakan menyampah dengan kehadiran Ronaldo yang dilihat cuba menjadi ketua di bilik persalinan bersama sama dengan kumpulannya.

Falk menulis menerusi Twitternya: “BENAR! Beberapa pemain Inggeris seperti Harry Maguire, Marcus Rashford dan kawan kawan, rimas dengan Cristiano Ronaldo yang mahu menjadi ketua di bilik persalinan bersama kumpulan dia sendiri. Ada risiko perpecahan di dalam pasukan Manchester United.”

Laporan itu mendapat perhatian ramai pihak. Malah ramai yang menuduh Rashford menerusi pasukan PR-nya antara yang gemar menjaja kisah di dalam bilik persalinan kepada media demi kepentingan sendiri.

Neville: “Itu Bukan Kelakar, Itu Tiada Adab Dengan Guru”

Sebelum ini Gary Neville menyatakan dia tahu siapa yang suka menjual kisah di dalam pasukan United kepada media. Ini termasuk beberapa pemain yang mengejek Chris Armas menuduhnya seperti Ted Lasso.

Tidak lama selepas Tweet daripada Christian Falk itu, Rashford menafikan tuduhan itu. Dia berkata: “Adakah kita suka mengada – adakan cerita seperti sekarang ini? Berhenti mencari jurang [perpecahan].”

Falk kemudian membalas semula komen Rashford itu sebagai ‘tidak benar’. Dia menyatakan: “Tak benar dan kamu sendiri tahun kan Marcus Rashford.”

Manchester United musim ini gagal memenuhi harapan para peminat. Ini selepas mereka gagal bersaing dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Kini misi mereka adalah menempatkan diri dalam kalangan 4 teratas.

Baca juga artikel

UCL: Salah, Firmino Hampakan Inter Milan, Van Dijk Turut Cemerlang

Padah Ejek Pickford Tangan Pendek, Seorang Lelaki Patah Hidung Kena Belasah

Lindelof Dedah Arahan Perubahan Taktikal Rangnick Punca Kemenangan